Sunday, January 31, 2010

PEMUDA PAS IKRAR KEMBALIKAN PERAK KEPADA PAKATAN RAKYAT

LARUT, 31 Jan: 10 ribu pemuda PAS Perak yang berhimpun di sini hari ini membuat ikrar janji akan memastikan Pakatan Rakyat mendapat kembali kerajaan negeri ini pada Pilihan Raya Negeri yang bakal diadakan.

"Bahawasanya kami pemuda PAS Perak dengan ini berikrar setia dan berjanji akan mempertahankan hak demokrasi tulen pengundi-pengundi Perak.

"Bahawasanya kami akan memastikan kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya negeri Perak.

"Bahawasanya kami akan memulangkan tampuk pemerintahan negeri Perak kepada Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin".


Bacaan ikrar tersebut diketuai pemangku ketua pemuda PAS, Nuru Al-Amin diikuti seluruh pemuda PAS Perak di hadapan Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan dan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub.

Ianya sekaligus membuktikan kesiapsediaan jentera pemuda menggalas tugas parti dalam misi mengembalikan hak dan maruah rakyat negeri ini.

Nasruddin dalam ucapannya sebelum itu memberikan kata-kata semangat kepada seluruh jentera pemuda PAS Perak agar melakukan persedian mental, fizikal dan rohani berdepan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu.

"Soal tarikh Pilihan Raya soal kedua, yang penting pemuda PAS sedia bila-bila masa.

"Kita kena yakin, kemenangan adalah kurnian Allah SWT, oleh itu hubungan kita dengan Allah jangan sesekali retak, jangan sesekali putus," katanya.

Namun jelasnya apa yang lebih penting adalah tugas pemuda berdamping setiap anak muda di semua peringkat termasuk Dun, kawasan mahupun cawangan.

Tugas pemuda bukan sekadar memenangkan Pakatan Rakyat, malah lebih besar dari tu adalah menyampai dan menerangkan dasar Islam yang diperjuangkan PAS.

"Gerakkan komitmen semaksima mungkin, hidupkan jentera kita di semua peringkat sama ada cawangan, Dun, kawasan mahupun negeri.

"Kita kena cipta pelbagai aktiviti untuk bersama dengan anak muda," katanya lagi.

Tugas tersebut jelasnya adalah tanggungjawab semua ahli pemuda tanpa mengira pangkat dan jawatan yang dipegang.

"Saya harap tiada siapa yang mengecualikan diri dari amal Islami ini.

"Ayuh kita memberikan sumbangan, pengorbanan kepada perjuangan agama Allah ini untuk kebaikan umat Islam dan rakyat di negeri Perak ini," katanya.


dipetik dari : http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=24647:pemuda-pas-ikrar-kembalikan-perak-kepada-pakatan-rakyat&catid=41:utama-muka-depan&Itemid=125

KAK MIDAH GELABAH DENGAN LAMAN WEB MALAYSIAKINI


Kak Midah (YB Hamidah Osman, Adun BN Sg Rapat) melatah lagi. Kali ini dengan laman web Malaysiakini.com pula.

Kak Midah marahkan laman web tersebut kerana menyiarkan kenyataannya mengenai wanita tidak boleh menjadi Menteri Besar Perak, apatah lagi daripada kaum Cina. Seperti biasa, Kak Midah yang mudah gelabah telah menyerang laman web tersebut melalui blognya dan juga komen-komen balas palayar laman web tersebut melalui akhbar Sinar Harian edisi Perak. Dan yang lebih meloyakan apabila PAS dipersalahkan kerana dikatakan sebagai sumber kepada berita tersebut.

Kak Midah, oh Kak Midah. Selalu buka mulut tanpa berfikir terlebih dahulu. Akhirnya, semua pihak dipersalahkannya......kecuali DIRInya sendiri. Patutlah orang Batu Gajah memanggilnya sebagai Adun Jamban.

Bagi pihak Pemuda Pas Gopeng, tiada apa yang perlu diperkatakan mengenai telatah gelabah Kak Midah yang sudah menjadi mainan penduduk di Dun Sg Rapat. Ikutilah komen-komen daripada pelayar di laman web Malaysiakini mengenai gelabah Kak Midah kali ini.

Sumber : http://dppgopeng.blogspot.com/2010/02/kak-midah-gelabah-dengan-laman-web.html

ISU TANAH KUALA SEPETANG DITUNTUT SEJAK PAKATAN RAKYAT



Kota Sepetang nama asalnya Port Weld adalah sejarah pertama keretapi di Tanah Melayu yang menghubungi pelabuhan itu dengan bandar Taiping, Perak. Kini perkhidmatan keretapi ini telah lama ditamatkan manakala tanah milik KTMB ini telah diduduki sebilangan 643 keluarga setinggan kebanyakannya berbangsa Cina.

Semasa kerajaan Pakatan Rakyat dipimpin Menteri Besar Negeri Perak, Dato Seri Ir Nizar Jamaludin telah meluluskan pemberian hak milik Kampung Baru, Kampung Tersusun termasuk masalah pemilikan tanah penduduk di penempatan KTMB di Kuala Sepetang.

Usaha ini telah dijadikan isu oleh UMNO hinggakan Nizar dituduh menggadaikan tanah-tanah Negeri Perak untuk kaum Cina. Isu pengkhianatan ditimbulkan bagi menyisihkan Nizar dengan orang Melayu. Kesannya dapat dilihat semasa pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang, Dun Kuala Sepetang memberikan kepercayaan kepada Nizar dengan peningkatan undi manakala dikawasan pengundi Melayu kemerosotan ketara.

Sedangkan penempatan yang diberi hak milik ini yang diduduki lebih 70 tahun dan memberi masalah kepada tuntutan keluarga pewaris. Dengan cara menukar status tanah bergeran ini, kerajaan Negeri Perak mendapat keuntungan berjuta ringgit setahun dari hasil cukai tanah dan cukai perbandaran.

Hari ini apa yang diusahakan Pakatan Rakyat Negeri Perak di bawah pimpinan Nizar telah dilaksanakan oleh kerajaan BN dengan kelulusan ini. Isu pengkhianat bangsa yang dilaungkan UMNO hilang entah ke mana.

PUTRAJAYA 28 Jan 2010, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Keat mengumumkan Kabinet telah bersetuju menggugur milik tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di bawah Kementerian dengan nilai RM38 juta kepada Kerajaan Negeri.


Katanya permulaannya Kerajaan merancang menggantikan tanah berkenaan di tempat lain tetapi menghadapi kesukaran mencari nilai yang sama tanah seluas 94.5 ha penempatan kaum Cina ini. Jadi tanah ini ditawarkan dengan harga berpatutan kerana tidak lagi digunakan keretapi semenjak 1941.

“Bagi mengutamakan rakyat dan konsep 1Malaysia tanpa mengira kaum kerajaan menunaikan janjinya kepada penduduk Kuala Sepetang” kata Ong yang juga Presiden MCA kepada wartawan selepas mesyuarat kabinet di sini.

Sumber : http://bumiperak.blogspot.com/2010/01/isu-tanah-kuala-sepetang-dituntut-sejak.html

WAKIL KEDUTAAN AMERIKA KUNJUNGI PAS PERAK

Wakil Kedutaan Amerika akan membuat kunjungan hormat ke pejabat PAS Perak jam 11.30 pagi ini. Dalam surat yang dihantar kepada Setiausaha Perhubungan Negeri, mereka kebetulan berada di Perak antara 1 - 3hb. Februari. Kesempatan ini diambil untuk mereka berinterkasi, bertukar fikiran, berdialog dengan PAS Perak. Isu-isu politik Perak juga dijangka menjadi topik utama perbincangan.

PAS Perak mensifatkan kunjungan ini sebagai satu penghormatan oleh sebuah kerajaan besar dunia terhadap keupayaan kepimpinan PAS Perak menerajui politik baru di Perak pada masa kini. Prestasi baik yang ditonjolkan oleh YAB Dato' Seri Ir Hj Nizar sewaktu menerajui Kerajaan PR di Perak menarik minat untuk mereka terus berkomunikasi dengan PAS Perak. Selain itu perpaduan dan kerjasama erat yang ditunjukkan oleh PAS dan rakan-rakan komponan PR juga mengundang minat mereka untuk mengetahui dengan mendalam senario politik perpaduan dan muafakat yang berjaya ditonjolkan oleh PAS, PKR dan DAP di Perak.

Walau bagaimanapun PAS akan sentiasa berhati-hati dalam pertemuan tersebut pagi esok, PAS tidak akan terjebak dengan permainan politik Amerika melalui wakil dutanya esok sekiranya ada usaha memporak perandakan keharmonian yang berjaya dijalin sesama PR sejak dua tahun yang lalu, ataupun ada usaha bagi Amerika supaya PAS mengikut telunjuk mereka dalam menentukan percaturan politik di Perak.

Sumber : http://misabah.blogspot.com/2010/02/wakil-kedutaan-amerika-kunjungi-pas.html
Related Posts with Thumbnails