Monday, March 29, 2010

PKR bukan lagi sebuah parti yang perlu dihormati

Makluman : Sumber dari pro-kerajaan

SAH YB KUALA KURAU KELUAR PAKATAN?


Sepantas mana masa berlalu, selaju itu juga khabar berita berkenaan ADUN Kuala Kurau YB. Ab. Yunus Bin Jamahari bermain di bibir setiap pemerhati politik. Perkhabaran bahawa YB Ab. Yunus mengikuti sahabatnya YB Parlimen Bagan Serai menjadi YB BEBAS semakin menjadi kenyataan.

Perkhabaran dari utara menyatakan bahawa, cubaan untuk mendapatkan kenyataan sebenar dari YB Yunus masih gagal hingga kini kerana beliau gagal dihubungi dan tindakan ahli keluarga beliau yang enggan bekerjasama dalam membantu memberi maklumat di mana Yb Yunus berada menjadikan cerita ini seakan-akan benar akan terjadi.

Sementara itu, sumber dalaman PKR dikatakan mulai kecoh dan goyah apabila tindakan YB Ab. Yunus membisu membuatkan ahli-ahli PKR khasnya di Perak mulai mempersoalkan kepimpinan PKR sendiri. Sekiranya benar, maka jelaslah esok hari Dewan Undangan Negeri Perak akan mempunyai 4 ADUN BEBAS. 1 dari DAP dan 3 dari PKR (sekiranya benar YB Kuala Kurau lompat parti).

Jelas, PKR akhirnya rebah dibumi bertuah PERAK DARUL RIDZUAN.
Selamat bersidang dari pejuang/// buat semua YB .......

Perak Reform : Jelas terbukti PKR sebenarnya adalah duri dalam Pakatan Rakyat. Perlu diperjelaskan PR ditubuhkan hasil buah fikiran Dato Seri Anwar Ibrahim yakni Penasihat PKR sendiri. Namun sejak kebelakangan ini, YB dari PKR sendiri yang telah berpaling tadah. Mengapa perlu kita menghormati orang dan parti seperti ini? TAKBIR!

Thursday, March 18, 2010

Exco Perak yang kedekut



Jika kita sering ditamukan dengan berita tentang kepincangan, masalah serta keretakan Pakatan Rakyat di dada akhbar, kami di Perak Reform menerima maklumat dari teman-teman yang berada dekat dengan Kerajaan UBN Perak. Terbaru, kami mendengar cerita dari seorang teman menceritakan perihal ADUN seorang ini yang juga merangkap EXCO di dalam Kerajaan pimpinan YAB DS Dr. Zambry.

Cerita yang Perak Reform dapat, tidak manis untuk didengar, apatah lagi untuk didedahkan kepada umum. Tapi, kami berpendapat, cerita ini seharusnya didedahkan kepada pejuang Pakatan Rakyat untuk membuktikan bahawa Kerajaan UBN tidaklah seperti yang diwar-warkan kepada semua.

EXCO yang Perak Reform maksudkan adalah tidak lain dan tidak bukan, ADUN Manong yang juga merupakan Ketua Bahagian Kuala Kangsar, Dato' Ramly Zahari. Beliau juga adalah EXCO di dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Perak masa kini dan memegang portfolio Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Air.

Panas dan terkini, rupa-rupanya dalam diam Dato' Ramly ni, memasang angan untuk menjadi Menteri Besar Perak. Wah, sungguh besar impian Dato' ni. Kalau dihitung, tambah, tolak, darab dan bahagi, bila dah jadi ADUN dalam jangka masa yang agak panjang, sebenarnya tidak ada apa yang hebat telah dilakukan oleh Dato' Ramly.

Apa yang kami tahu Dato' Ramly ni, selama menjadi ADUN kepada rakyat, apa yang dibuat oleh beliau hanyalah mengutip tanah perumahan dan kuari untuk dijadikan pendapatan tersendiri. Tidak cukup dengan mengutip hasil-hasil yang dinyatakan, Dato' ini juga merupakan seorang yang kedekut. Tanya saja pada orang Kuala Kangsar, semuanya tahu Dato' Ramly kaya tapi kedekut. Bercakap pasal kedekut ini, teringat Perak Reform akan kata-kata orang tua " Orang kedekut cepat kaya". Sejauh mana kebenarannya, hanya dia sendiri yang lebih mengetahuinya. Perak Reform cadangkan, kalau nak tau Dato' yang seorang ni kedekut atau tak, Raya nanti pergi ke rumahnya, itupun kalau TERBUKA, kalau TERTUTUP, lu pikirlah sendiri!!!

Andai benar Dato' Ramly ini seperti yang dinyatakan diatas, adalah dinasihatkan agar dapat sentiasa bermuhasabah diri kerana belum tentu kita akan tetap berada di posisi yang sama esok hari. Buat MB Kerajaan Haram, buktikan pada rakyat anda sememangnya layak kerana Pakatan Rakyat tidak akan berdiam diri. Perak Reform tidak akan berhenti di sini, akan ada lagi pendedahan yang akan dibuat. Anda tunggu!!!


Monday, March 15, 2010

Penyalahgunaan kuasa oleh Pegawai Khas MB Perak

Hamdan Taha

Kerajaan UBN sudah disahkan dan berhak mentadbir negeri Perak, kepimpinan Pakatan Rakyat kini berusaha dalam menambahkan sokongan dan kepercayaan rakyat. Dalam kesibukan Kerajaan UBN untul mengembalikan dan meningkatkan sokongan rakyat jelata kepada mereka, secara diam-diam sudah tersebar surat layang yang melibatkan MB Perak serta orang kanannya.

Salah seorang pembantu kepada Zambry yang sudah pasti kita kenali dengan perwatakannya yang mudah tersenyum dan dalam masa yang sama mahir dalam memperlihatkan keseriusan dalam dirinya. Siapa yang tidak kenal dengan HAMDAN TAHA. Ya, Saudara Hamdan Taha yang pernah berjuang dengan Pakatan Rakyat dan akhirnya berhenti berjuang, Pada hikmat saya, terhentinya perjuangan dia, sudah pasti kerana kehendak tidak dapat dipenuhi. Kerana itu lah, dia berpaling tadah. Lebih menyedihkan, masih lagi diterima oleh UMNO.

Tidak cukup dengan meninggalkan Pakatan Rakyat, dia juga sering dilihat bercerita kepada orang ramai seolah-olah dia adalah orang yang bertanggungjawab malah berjaya membawa YB Kapt (B) Mohd Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi untuk keluar dari Pakatan Rakyat dan menjadi ADUN BEBAS, Dia juga turut mengakui bahawa dia bertanggungjawab dalam menguruskan semua projek balak untuk kedua-dua ADUN tersebut.

Berbalik kepada surat layang yang diterima, Hamdan Taha digambarkan sedang berusaha membolot harta Perak untuk kepentingan peribadinya, Caranya, dengan mengutip duit-duit dari TOKEY CINA!!! Kini HAMDAN TAHA diberi gelaran NALLAKARUPAN di Perak. Kita tunggu dan lihat, sejauh mana Hamdan Taha akan terus berada di Perak bukan kerana perjuangan parti sebaliknya kerana perjuangan perut sendiri. Sama kita nantikan!

Surat layang kepada ADUN-ADUN Perak

Hamdan Taha

Tokoh keadilan yang lari dari parti kerana dapur sudah tak berasap. Beliau sedang berusaha membolot harta Perak untuk kepentingan peribadi dengan mengutip duit tokey-tokey cina. Awas UMNO Perak kerana Hamdan adalah 'Nallakarupan' pada Zambry pada masa ini.

Inilah sahabat baik Zambry yang tugasnya sama seperti Nallakarupan, menyediakan tempat hiburan malam dan gadis-gadis cantik untuk bosnya, jika Zambry berada di Kuala Lumpur Hamdan pasti ada sama, tujuannya untuk mengatur perempuan-perempuan cantik yang menjadi kegemaran sahabatnya. Mereka berkawan bukan baru tapi terlalu lama, tahu selera masing-masing. Mereka ini sukar dipisahkan, Hamdan inilah akan menjadi PEROSAK Negeri Perak dan UMNO, kedua-duanya mereka ini cukup tinggi lakonan drama swastanya, sentiasa bercerita tentang agama. Hamdan dalam ceramahnya selalu menonjolkan Islam, tetapi sebenarnya PEROSAK no 1, tanah-tanah, kuari, projek Kelas A, projek yang menguntungkan yang dating di Perak, Hamdanlah yang akan mengaturnya, semua pegawai Zambry di bawah cengkaman Hamdan. Hamdan ini juga seperti Azahar Ahmad, punya anak luar nikah dan punya 4 isteri, penuh rahsia kehidupannya, tetapi teramat jahat.

INI ADALAH PETIKAN DARI SURAT LAYANG YANG DIEDARKAN PADA ADUN-ADUN PERAK KHUSUSNYA, OLEH INDIVIDU YANG TIDAK DIKETAHUI. TERDAPAT RAMAI LAGI EXCO-EXCO DAN PEGAWAI KHAS YANG TELAH DI 'REVEAL'. NANTIKAN BERITA DARI KAMI LAGI PADA EPISOD AKAN DATANG . . . . INSYALLAH.
Related Posts with Thumbnails