Monday, March 29, 2010

PKR bukan lagi sebuah parti yang perlu dihormati

Makluman : Sumber dari pro-kerajaan

SAH YB KUALA KURAU KELUAR PAKATAN?


Sepantas mana masa berlalu, selaju itu juga khabar berita berkenaan ADUN Kuala Kurau YB. Ab. Yunus Bin Jamahari bermain di bibir setiap pemerhati politik. Perkhabaran bahawa YB Ab. Yunus mengikuti sahabatnya YB Parlimen Bagan Serai menjadi YB BEBAS semakin menjadi kenyataan.

Perkhabaran dari utara menyatakan bahawa, cubaan untuk mendapatkan kenyataan sebenar dari YB Yunus masih gagal hingga kini kerana beliau gagal dihubungi dan tindakan ahli keluarga beliau yang enggan bekerjasama dalam membantu memberi maklumat di mana Yb Yunus berada menjadikan cerita ini seakan-akan benar akan terjadi.

Sementara itu, sumber dalaman PKR dikatakan mulai kecoh dan goyah apabila tindakan YB Ab. Yunus membisu membuatkan ahli-ahli PKR khasnya di Perak mulai mempersoalkan kepimpinan PKR sendiri. Sekiranya benar, maka jelaslah esok hari Dewan Undangan Negeri Perak akan mempunyai 4 ADUN BEBAS. 1 dari DAP dan 3 dari PKR (sekiranya benar YB Kuala Kurau lompat parti).

Jelas, PKR akhirnya rebah dibumi bertuah PERAK DARUL RIDZUAN.
Selamat bersidang dari pejuang/// buat semua YB .......

Perak Reform : Jelas terbukti PKR sebenarnya adalah duri dalam Pakatan Rakyat. Perlu diperjelaskan PR ditubuhkan hasil buah fikiran Dato Seri Anwar Ibrahim yakni Penasihat PKR sendiri. Namun sejak kebelakangan ini, YB dari PKR sendiri yang telah berpaling tadah. Mengapa perlu kita menghormati orang dan parti seperti ini? TAKBIR!

5 comments:

onn said...

Sebagai penggerak Islam tak perlulah bawa benda yg tak pasti..! Kemudian melukai hati rakan seperjuangan.

Akhlak Islam tiada lansung...!!

Saya pun tak tergamak nak cerita dlm kelambu PAS..!

Hormati hati rakan seperjuangan lebih diutamakan.

Anonymous said...

Perak Reform,apa mende yg kamu ulas ni..dua tiga kerat nk keluar parti terus dikatakan parti yg salah.apa yang mike nk cerita?

Hisyamuddin Che Ali said...

PKR perlu bermuhasabah..Mohon link

Anonymous said...

apahal ini..perak reform...???baru 3harijumpa YB yunus ..dia ok aje

suara kuantan said...

PKR menuju kehancuran.. Adakah doa Saiful Bukhari dimakbul?

Related Posts with Thumbnails